Mesyuarat Umrah Musim 1449H bersama KSU HQ dan Cawangan Manjung

Persediaan pakej Umrah yang lebih mesra poket, pilihan penerbangan dan penambahbaikan pengurusan jemaah dibincangkan di pejabat KSU Ipoh.

Wakil KSU HQ, Ipoh dan Manjung bergambar bersama di pejabat KSU Ipoh
Perbincangan persediaan Umrah Musim 1449H di bilik mesyuarat
Sesi perbincangan pengurusan dan perjalanan jemaah
Suasana mesyuarat KSU Ipoh bersama wakil HQ dan Manjung

Alhamdulillah, pada 22 September 2026 telah berlangsung satu sesi mesyuarat bersama pihak Pengurusan Kembara Smart Umrah HQ di Pejabat Kembara Smart Umrah Cawangan Ipoh. Turut hadir Pengurus Kembara Smart Umrah Cawangan Manjung, Tn Haji Syed Azizi.

Perbincangan memberi fokus kepada persediaan Umrah Musim 1449H, termasuk penambahan pakej Umrah yang lebih mesra poket jemaah. Pilihan tarikh penerbangan yang lebih pelbagai, penerbangan terus (direct flight) dan transit, serta pakej daripada kategori bajet sehingga premium dibincangkan agar bakal jemaah boleh memilih mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

Turut dibincangkan ialah perancangan cabutan bertuah bagi peserta Kursus Umrah, dengan hadiah utama berupa pakej Umrah selain hadiah menarik yang lain. Beberapa agenda berbangkit serta penambahbaikan aspek pengurusan, kebajikan dan perjalanan jemaah turut diperhalusi bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap yang lebih baik.

Insya-Allah, lebih banyak pilihan dan pembaharuan akan diperkenalkan untuk musim 1449H nanti. Semoga segala perancangan ini dapat memberikan lebih banyak kemudahan serta peluang kepada masyarakat untuk menjadi tetamu Allah.

Kembara Smart Umrah — Membimbing Dari Hati.

#KembaraSmartUmrahIpoh #KSUIpoh #KembaraSmartUmrah #Umrah1449H #UmrahIpoh #PakejUmrah #KursusUmrah #TetamuAllah

← Kembali ke semua berita